More

    HONOR Tab 8 dilancar: SD 680, skrin LCD 12″, 8 pembesar suara dan bateri 7,250mAh bermula ~RM920

    Hari ini, HONOR mengadakan sidang akhbar melancarkan HONOR Tab 8 berharga 1,399 yuan (~RM920) untuk pra-jualan bermula pada 8.30 malam, 21 Julai ini. Jualan rasmi pertama peranti ini akan bermula pada 29 Julai.

    Syarikat itu juga mengumumkan bahawa versi 8GB + 128GB peranti akan hadir pada bulan Ogos nanti. Bukan itu sahaja, syarikat turut mengumumkan papan kekunci pintar HONOR Tab 8 hanya dengan harga 279 yuan (~RM183). Di bawah merupakan harga dan varian HONOR Tab 8 untuk jualan rasmi pertama:

    • 4GB + 128GB – ,1499 yuan (~RM986)
    • 6GB + 128GB – 1,799 yuan (~RM1,183)
    • 8GB + 128GB – 1,999 yuan (~RM1,315)

    HONOR Tab 8 hadir dengan skrin FHD 12 inci dengan resolusi 2000 x 1200. Ia menggunakan skrin LCD dilengkapi dengan bezel nipis 7.2 mm dengan nisbah 87%, nisbah skrin 10:6, resolusi definisi tinggi 2K dan warna skrin 1.07 bilion. Peranti ini menggunakan badan logam dengan ketebalan 6.9 mm dan berat 520g.

    Ia hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 680, kamera belakang 5MP, kamera swafoto 5MP, bateri 7,250 mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W, Magic UI 6.1 dan menyokong antara muka (interface) USB-C serta USB 2.0.

    Daripada segi audio, tablet ini menggunakan lapan pembesar suara stereo, menyokong algoritma penalaan audio HONOR, teknologi penalaan audio DTS dan mempunyai pensijilan Hi-Res Small Gold Label. Tablet ini hadir dalam tiga warna termasuk hijau pudina, biru dan emas.

    HONOR Tab 8 mempunyai pensijilan cahaya biru rendah tahap perkakasan Rheinland untuk perlindungan mata pengguna. Ia menyokong berbilang tab di mana anda boleh menghadiri kelas dalam talian sambil membuat nota pada skrin. 

    Kami tidak ketahui sama ada ia akan hadir ke Malaysia atau tidak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured