More

    HONOR tawarkan hadiah bernilai sehingga RM1,725 sempena promosi Tahun Baru Cina

    Sempena sambutan Tahun Baru Cina, HONOR Malaysia mengadakan promosi hingga 5 Februari 2023 yang mana pembeli mendapat HONOR CHOICE Earbuds X3 dan jaminan skrin retak selama 180 hari secara percuma apabila membeli HONOR X9a 5G.  

    HONOR X9a 5G menampilkan skrin OLED berukuran 6.67 inci yang melengkung di bahagian sisi. Ia menawarkan paparan yang sangat menarik iaitu dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 93% untuk sempadan bezelnipis, gamutwarna DCI-P3 100% yang menghasilkan 1.07 bilion warna dan kadar penyegaran semula 120Hz untuk animasi yang lancar.

    Untuk RAM, HONOR X9a 5G mempunyai RAM 8GB yang boleh dibesarkan lagi dengan RAM maya sebanyak 5GB, menjadikan RAM keseluruhannya sebanyak 13GB. Storan dalamannya pula berkapasiti 256GB namun tidak boleh dibesarkan dengan kad memori microSD.

    Di samping HONOR X9a 5G, promosi Tahun Baru Cina HONOR Malaysia juga termasuk cabutan bertuah di mana anda berpeluang memenangi DJI OM 4 SE bagi setiap pembelian komputer riba dan telefon pintar HONOR. 

    Berikut senarai promosi produk-produk HONOR: 

    ProdukHarga RuncitHarga PromosiHadiah Percuma
    HONOR 70RM1,999RM1,999HONOR Band 6
    HONOR X9aRM1,499RM1,499·      HONOR Choice Earbuds X3·      180 hari perlindungan skrin retak
    HONOR X7aRM799RM799·      Vacuum Mug·      Jaminan lanjutan setahun 
    HONOR X9 (5G)RM1,299RM1,199HONOR Choice X3 Lite
    HONOR X8 (4G)RM899RM849HONOR Choice X3 Lite
    HONOR Magic4 ProRM3,999RM3,699Sarung PU HONOR Magic4 Pro 
    HONOR MagicBook 16RM4,299RM2,999·      Microsoft 365 Personal·      Tetikus wayarles ·      Beg sandang HONOR
    HONOR MagicBook 14 AMD (16+512)RM3,299RM2,499·      Beg sandang HONOR Tetikus wayarles ·      Microsoft Office Home & Student 2021
    HONOR MagicBook 14 AMD (8+512)RM2,999RM2,299Beg sandang HONOR Tetikus wayarles ·      Microsoft Office Home & Student 2021
    HONOR MagicBook 14 AMD (8+256)RM2,499RM1899Beg sandang HONOR Tetikus wayarles
    HONOR MagicBook 14 2022RM4,299RM4,299Beg sandang HONOR Tetikus wayarles ·      Sarung Kulit Komputer Riba HONOR·      Microsoft Office Home & Student 2021
    HONOR MagicBook 14 2022 (RTX2050)RM5,099RM5,099Beg sandang HONOR Tetikus wayarles Sarung Kulit Komputer Riba HONOR·      Microsoft Office Home & Student 2021·      HONOR Earbuds 3 Pro
    HONOR MagicBook X 15 (i3)RM2,399RM2,299·      HONOR Backpack·      Microsoft Office Home & Student 2021
    HONOR MagicBook X 15 (i5)RM2,899RM2,799·      Beg sandang HONOR ·      Microsoft Office Home & Student 2021
    HONOR MagicBook X 14 (i3)RM2,599RM2,599·      Beg sandang HONOR ·      Microsoft Office Home & Student 2021
    HONOR Pad 8RM1,399RM1,399Sarung lipat HONOR Pad 8 
    HONOR Pad X8RM899RM899Sarung lipat HONOR Pad X8 

    Adakah anda berminat untuk dapatkan peranti-peranti HONOR? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kedua-dua peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...