More

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35 hari bermula RM699

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan sehingga 35 hari, paparan AMOLED 1.46 inci berketahanan tinggi, serta sokongan GPS dwi-jalur dan NFC.

    Dari segi rekaan, HONOR Watch 6 menampilkan badan setebal hanya 10.8mm dengan inspirasi papan pemuka kereta lumba. Varian Twilight Brown menggunakan badan keluli tahan karat 316L, manakala Shadow Black hadir dengan badan aluminium aloi bersama bezel keluli tahan karat.

    Paparan LTPS AMOLED 1.46 inci beresolusi 464 × 464 ini menyokong kecerahan puncak sehingga 3000 nits, fungsi sentuh ketika basah, serta Touch to Wake. Jam tangan pintar ini turut dilengkapi bateri 980mAh yang menawarkan sehingga 35 hari penggunaan maksimum, sekitar 17 hari penggunaan biasa, atau sehingga 42 jam penggunaan GPS dwi-jalur secara berterusan.

    Bagi ciri kesihatan, HONOR Watch 6 menyokong pemantauan kadar denyutan jantung 24 jam, sensor oksigen darah (SpOâ‚‚), pemantauan trend tekanan darah secara dinamik, serta fungsi Quick Health Scan untuk semakan kesihatan dengan satu sentuhan.

    Untuk aktiviti kecergasan, peranti ini menyediakan lebih 120 mod sukan, termasuk mod Pro Badminton yang mampu menganalisis pukulan dan mod Pro Football dengan peta pergerakan pemain. Ia turut dilengkapi jurulatih larian AI, pembesar suara serta mikrofon terbina untuk panggilan Bluetooth.

    Dari aspek sambungan, HONOR Watch 6 menyokong Bluetooth 5.4, GPS dwi-frekuensi L1+L5, NFC, serta penarafan kalis air 5ATM dan IP69. Ia juga serasi digunakan bersama peranti Android 9.0 ke atas dan iOS 15.1 ke atas. Peranti ini dijual pada harga RM699 untuk varian Shadow Black manakala varian Twilight Brown ditawarkan pada harga RM799.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HONOR

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured