More

    HONOR Watch Fit dilancar di Malaysia: Jam tangan pintar mampu milik berharga RM399

    Selain HONOR Magic8 Pro, HONOR Malaysia hari ini turut melancarkan jam tangan pintar baharu yang dijual pada harga mampu milik iaitu HONOR Watch Fit, dijual pada harga RM399.

    Jam tangan ini mempunyai skrin AMOLED berukuran 1.32 inci dengan resolusi 466×466 dan kecerahan puncak 1,500 nits. Ia mempunyai berat 27 gram sahaja (tanpa tali jam tangan) dengan ketebalan 9.9mm supaya ia rasa ringan dan mudah dipakai.

    Badanya dibuat daripada aluminium siri-6, manakala tali jam pula ditawarkan dalam pilihan biru denim (RM449) atau silikon hitam (RM399).

    Untuk ketahanan, ia mempunyai rating kalis air IP68 dan tekanan sehingga 5ATM supaya anda boleh gunakannya untuk sukan air. Ia mempunyai satu butang fizikal untuk berinteraksi dengan fungsi yang ditawarkan. Ia boleh dihubungkan kepada peranti Android 9.0 dan ke atas atau iPhone dengan iOS 13.0 dan ke atas.

    Ia mempunyai fungsi penjejakan kesihatan yang boleh mengukur kadar degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, tahap stres dan kebolehubahan kadar degupan jantung (HRV). Ia turut mempunyai 100 mod senaman untuk bantu anda amalkan gaya hidup aktif.

    Untuk audio, ia mempunyai pembesar suara dan mikrofon untuk benarkan anda buat panggilan telefon. Baterinya boleh bertahan sehingga 23 hari dan menyokong kadar pengecasan pantas 10W.

    Layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai jam tangan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured