More

    HONOR X40 bakal dilancar di Malaysia dengan penamaan semula dan spesifikasi yang lebih tinggi

    Pada pelancaran produk baharu musim luruh HONOR di China, HONOR memperkenalkan HONOR X40 dengan gelaran telefon pintar yang ringan dan bateri tahan lama. 

    HONOR X40 menggunakan skrin melengkung OLED 6.67 inci dengan lengkungan keemasan 45°, 1.07 bilion warna dan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia mempunyai pensijilan cahaya biru rendah TÜV Rheinland peringkat perkakasan dan pemalapan PW frekuensi tinggi 1920Hz peringkat andalan.

    Dengan algoritma pencegahan mistouch AI, skrin tidak akan bertindak balas sekiranya tangan anda secara tidak sengaja menyentuh tepi skrin. Ia memberi jaminan kualiti premium kepada pengguna dengan penutup skrin kaca 0.65mm yang melepasi 33 ujian seperti ujian kejatuhan marmar dan konkrit simulasi.

    Ia dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar 5,100mAh dan ketebalan badan 7.9mm menjadikannya telefon pintar paling nipis dengan kapasiti bateri lebih daripada 5,000mAh dalam pasaran semasa. Ia disahkan akan di bawa ke pasaran tempatan selepas penamaan semula sambil membawa versi spesifikasi yang lebih tinggi ke Malaysia. 

    Pada masa yang sama, HONOR Malaysia turut mendedahkan bahawa HONOR X6 baharu akan dikeluarkan pada 7 Oktober hadir dengan storan 128GB. HONOR X6 menjadi salah satu dalam siri X meneruskan kualiti premium dan peranti mesra bajet kepada pengguna Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...