More

    HONOR X40 GT dilancar: SD 888, skrin 6.81″ 144Hz dan cas pantas 66W bermula ~RM1,366

    HONOR telah melancarkan HONOR X40 GT baru-baru ini. Ia merupakan peranti yang mengutamakan gaming dengan cipset Qualcomm Snapdragon 888 dan beberapa spesifikasi lain. Kepada yang berminat, peranti ini tidak akan mengecewakan anda untuk pengalaman gaming yang memuaskan.

    HONOR X40 GT mempunyai LCD IPS 6.81 inci dengan resolusi 2,388 x 1,080 piksel dan kadar penyegaran 144Hz. Selain itu, cipset SD 888 dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan 256GB. Terdapat juga 7GB sokongan RAM maya. Baterinya berkapasiti 4,800mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W.

    Untuk menyejukkan peranti, X40 GT menggunakan sistem penyejukan cecair VC untuk pelesapan haba. Tambahan, modul kamera bulat di bahagian belakang menempatkan tiga sensor dan denyar LED dalam rekaan berbentuk X. Persediaan kamera terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera kedalaman 2MP dan unit makro 2MP.

    Sementara itu, bahagian hadapan dilengkapi dengan kamera swafoto 16MP. Ciri-ciri lain HONOR X40 GT termasuk pengimbas cap jari yang dipasang pada butang kuasa, 5G, WiFi, Bluetooth, port USB-C, bicu audio 3.5mm dan MagicUI 6.1 berdasarkan Android 12.

    HONOR X40 GT dijual pada harga RMB 2,099 (~RM1,366) untuk varian asas 8GB + 256GB manakala varian 12GB + 256GB berharga RMB 2,399 (~RM1,562). Ia hadir dalam pilihan warna Racing Black, Midnight Night Black dan Titanium Empty Silver. HONOR belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang ketersediaanya untuk pasaran tempatan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured