More

    HONOR X50 GT dilancar: RAM 16GB, storan 1TB & bateri 5,800mAh bermula ~RM1,298

    Semalam di China, HONOR melancarkan HONOR X50 GT, sebuah telefon pintar baru yang dilengkapi dengan Snapdragon 8+ Gen 1, menempatkannya sebagai salah satu peranti terbaik dalam kategori harganya. Walaupun berkongsi persamaan dengan HONOR X50 Pro, X50 GT membezakan dirinya dengan peningkatan RAM dan pilihan storan yang lebih besar serta jalur perlumbaan bergaya di bahagian belakangnya.

    Model Pro dan GT kedua-duanya menampilkan paparan AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 1220p dan kadar segar semula 120 Hz. X50 GT menawarkan tiga konfigurasi memori baru, menggabungkan RAM 16GB dengan pilihan storan 256GB, 512GB atau sebanyak 1TB.

    Modul kamera yang luas di bahagian belakang menempatkan sensor 108MP dengan sensor kedalaman 2MP dan lampu flash dwi-LED manakala kamera swafotonya mempunyai sensor 8MP. X50 GT memasukkan bilik wap untuk penyejukan yang cekap, meliputi kawasan sehingga 5,100 meter persegi. Ia dilengkapi dengan bateri besar 5,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 35W.

    Beroperasi pada MagicOS 7.2 berdasarkan Android 13, telefon ini mempunyai ciri-ciri seperti pengimbas cap jari di bawah paparan, NFC dan kalis tahan air dan habuk IP53. Peranti ini tidak mempunyai bicu audio 3.5 mm seperti kebanyakan peranti Android terkini.

    HONOR X50 GT kini boleh dibeli di China, ditawarkan dalam warna Hitam atau Perak dengan harga bermula dari CNY1,999 (~RM1,298) hingga CNY2,799 (~RM1,817), bergantung pada konfigurasi storan yang dipilih.

    Buat sementara ini, kami masih tidak ketahui sekiranya ia akan dilancarkan secara global atauapun tidak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HONOR China

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...