More

    HONOR X50 Pro dilancar: Snapdragon 8+ Gen 1, kamera 108 MP berharga ~RM1,814

    Baru-baru ini, HONOR telah melancarkan X50 Pro secara rasmi. Telefon ini dilengkapi dengan skrin OLED 6.78 inci beresolusi 1,200×2,652 piksel, kadar penyegaran 120Hz, pemalapan PWM 1,920Hz dan sokongan warna 10-bit serta pengimbas cap jari bawah skrin. Walau bagaimanapun, ia bukan panel LTPO, jadi ia hanya akan bertukar antara 60Hz dan 120Hz.

    Ia menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 12GB dan storan 256GB. Bahagian belakang menampilkan kamera utama 108MP dengan apertur f/1.75 dan sensor jenis 1/1.67″ serta makro 2MP. Kamera swafoto menggunakan sensor 8MP dengan apertur f/2.0.

    HONOR X50 Pro mempunyai bateri berkapasiti 5,800 mAh dengan sokongan untuk pengecasan berwayar 35W. Telefon ini menjalankan MagicOS 7.2 berdasarkan Android 13. Ia tersedia dalam pilihan warna Elegant Black atau hijau pada harga CNY 2,799 (~RM1,814). Walau bagaimanapun, ketersediaan untuk pasaran global masih belum dinyatakan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...