More

    HONOR X50i+ dilancarkan dengan Dimensity 6080, paparan OLED 90Hz dan dwi kamera 108MP bermula ~RM1,029

    HONOR telah memperkenalkan telefon 5G segmen pertengahan baharu iaitu HONOR X50i+ di China. Julai lalu, HONOR telah melancarkan HONOR X50 yang menampilkan panel LCD 120Hz dan cip Snapdragon 6 Gen 1. Kini, X50+I yang berkedudukan lebih tinggi daripada X50 dilengkapi dengan skrin OLED 90Hz, cipset Dimensity 6080 dan dwi kamera belakang 108MP.

    HONOR X50i Plus menempatkan skrin OLED 6.7 inci yang menghasilkan resolusi FHD+ 1080 x 2400 piksel, kadar penyegaran 90Hz, pemalapan 3240Hz PWM dan sehingga 2,000 nits kecerahan. Di bahagian hadapan, peranti ini dilengkapi dengan kamera safoto 8MP dan pulau kamera belakangnya menempatkan kamera utama 108MP, kamera kedalaman 2MP dan denyar LED.

    X50i Plus menampilkan cipset Dimensity 6080 , RAM LPDDR4x 12GB + 8GB RAM maya, storan sehingga 512 GB dan berjalan pada Android 13 berasaskan OS Magic. Ia memuatkan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan 35W. Untuk keselamatan, X50I+ dilengkapi dengan penderia cap jari pada sisi.

    Ia berukuran 161.05 x 74.55 x 6.78mm dan berat 166 gram. HONOR X50i Plus hadir dalam dua varian iaitu 12/256GB dan varian 12/512 GB. Varian ini masing-masing berharga 1,599 Yuan (~RM1,029) dan 1,799 Yuan (~RM1,158). Ia tersedia dalam empat warna seperti merah jambu, biru, hijau dan hitam.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured