More

    HONOR X6c: Telefon pintar paling mampu milik dalam siri X, berharga RM599

    HONOR Malaysia mengejutkan ramai apabila mengumumkan harga rasmi bagi telefon pintar terbaharu HONOR X6c yang kini menjadi model paling murah dalam siri X, mengatasi X7c daripada segi harga. Dengan harga hanya RM599, HONOR X6c menyasarkan pengguna yang mahukan peranti bajet tetapi masih mementingkan ketahanan dan prestasi asas yang mantap.

    Peranti ini dilengkapi paparan LCD 6.61 inci HD (720p) dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,010 nits. X6c dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G81 Ultra yang digandingkan dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman. Ia mampu menahan jatuhan setinggi 1.5 meter dan hadir dengan penarafan IP64 bagi perlindungan habuk dan percikan air.

    Kamera utama peranti ini ialah 50MP disokong sensor kedalaman manakala kamera hadapan pula 5MP. Ia turut menampilkan bateri besar 5,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 35W dan satu ciri menarik pada X6c ialah butang khas boleh suai di sisi peranti yang membolehkan pengguna melancarkan sebarang aplikasi atau arahan mengikut keselesaan.

    HONOR X6c kini boleh didapati di semua kedai pengalaman HONOR di Pulau Pinang. Namun, belum ada kepastian bila ia akan ditawarkan secara rasmi di platform jualan dalam talian. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HONOR Penang

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...