More

    HONOR X70 dilancar dengan bateri 8,300mAh dan penarafan IP69K, harga bermula ~RM908

    HONOR secara rasmi telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar bajet yang menekankan ketahanan dan jangka hayat bateri luar biasa dengan HONOR X70 di China. Peranti ini hadir dengan gabungan sijil IP66, IP68 dan IP69K menjadikannya kalis habuk dan mampu bertahan di dalam air serta tahan terhadap pancutan air bertekanan tinggi.

    Menariknya, HONOR X70 tetap mengekalkan reka bentuk yang cukup nipis dengan ketebalan hanya 7.76 milimeter dan berat sekitar 199 gram. Pada bahagian hadapan, telefon ini menampilkan paparan AMOLED bersaiz 6.79 inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz, sokongan 100 peratus DCI-P3 color gamut, 3840Hz PWM dimming dan kecerahan puncak 6000 nits.

    HONOR X70 dilengkapi cip Snapdragon 6 Gen 4 yang dipadankan dengan memori RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Keistimewaan utama telefon ini terletak pada kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 8,300mAh. Bateri ini turut menyokong pengecasan pantas berwayar 80W dan wayarles 80W (eksklusif untuk varian 512GB).

    Peranti ini menggunakan tetapan dwi-kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan OIS dan apertur f/1.88 dan ultra lebar 8MP dengan apertur f/2.0. Kamera swafoto pula hadir dengan sensor 8MP. Antara ciri tambahan lain yang melengkapi telefon ini termasuk pengimbas cap jari dalam skrin, pembesar suara stereo, infrared sensor, NFC, WiFi 6 dan Bluetooth 5.3.

    HONOR X70 ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Midnight Black, Bamboo Green, Moon White dan Cinnabar Red. Untuk harga, varian 8/128GB dijual pada harga 1399 yuan (~RM908), varian 8/256GB pula berharga 1599 yuan (~RM1,038) manakala varian 12/256GB dijual pada harga 1799 yuan (~RM1,168).

    Varian paling tinggi dengan storan 12/512GB ditawarkan pada harga 1999 yuan (~RM1,298). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured