More

    HONOR X80 disahkan hadir dengan bateri besar 10,000mAh

    HONOR dilihat semakin hampir melancarkan telefon pintar terbaharu HONOR X80 yang menfokuskan kepada prestasi. Peranti itu kini telah melepasi pensijilan penting di China yang memberikan petanda bahawa pelancarannya mungkin berlaku dalam masa terdekat.

    Menurut pangkalan data China Quality Certification (CQC), peranti tersebut diluluskan di bawah nombor sijil 2025010915830460. Perkara paling menonjol ialah pengesahan bahawa HONOR X80 akan hadir dengan bateri sebesar 10,000mAh. Ini merupakan peningkatan besar berbanding HONOR X70 yang dilengkapi bateri 8,300mAh.

    X80 dijangka menjadi antara telefon paling tahan lama dalam kelasnya khusus untuk pengguna yang mahu ketahanan maksimum. Pensijilan itu turut mengesahkan ia menyokong rangkaian 5G. Bagaimanapun, maklumat lain seperti cip pemproses dan paparan masih belum disahkan setakat ini.

    Laporan awal sebelum ini mencadangkan HONOR mungkin meningkatkan prestasi keseluruhan X80 termasuk beberapa penambahbaikan untuk pengguna yang gemar bermain game. Memandangkan pensijilan selalunya hadir tidak lama sebelum pengumuman rasmi, pengguna mungkin tidak perlu menunggu lama sebelum HONOR X80 didedahkan sepenuhnya.

    Bagi pembeli yang mementingkan ketahanan bateri di atas segala-galanya, ini antara model yang perlu diberi perhatian. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HUAWEI Central

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured