More

    HONOR X80 Pro Max bakal tiba sebagai telefon pertama dunia dengan paparan 10,000 nits

    HONOR kini mengesahkan beberapa ciri utama untuk HONOR X80 Pro Max menjelang pelancaran rasmi pada 22 Jun ini. Paling mencuri perhatian, peranti ini dikatakan bakal menjadi telefon pintar pertama dengan tahap kecerahan puncak skrin melebihi 10,000 nits. Ia menggunakan panel 1.5K (2788 × 1280) dengan kadar segar semula 120Hz serta bezel skrin yang hanya setebal 1.3mm.

    Hummingbird Architecture 2.0 juga diperkenalkan iaitu satu sistem pengoptimuman yang dikatakan mampu meningkatkan kelancaran tontonan video pendek sehingga 40% dan mengurus penggunaan memori pada latar belakang untuk mengekalkan prestasi dalam tempoh panjang.

    Daripada segi ketahanan, HONOR X80 Pro Max menerima pensijilan SGS Gold Label Five-Star dan didakwa mampu menahan jatuhan sehingga 3 meter. Sebagai tambahan, HONOR turut menawarkan penggantian skrin percuma untuk kerosakan akibat jatuh. Walaupun belum dilancarkan sepenuhnya, beberapa spesifikasi lain turut tertiris sebelum acara rasmi berlangsung.

    Telefon ini dijangka hadir dengan paparan 6.8 inci, kamera swafoto 8MP dan kamera utama 50MP dengan OIS. Untuk prestasi, ia dijangka menggunakan cip Snapdragon 6 Gen 5 bersama pengimbas cap jari optikal dan penarafan IP66, IP68, IP69 serta IP69K untuk perlindungan habuk dan air.

    Menariknya, walaupun membawa bateri sebesar 11,000mAh, peranti masih berjaya mengekalkan ketebalan sekitar 8.08mm dengan berat 203g. HONOR X80 Pro Max akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Jun dengan butiran penuh termasuk harga dijangka diumumkan ketika acara tersebut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...