More

    HONOR X80 Pro Max tertiris – Bateri 11,000mAh, telefon pertama dengan SD 6 Gen 5

    HONOR nampaknya bersedia meneruskan trend bateri besar untuk siri pertengahan mereka apabila khabar angin terbaharu mendakwa HONOR X80 Pro Max akan hadir dengan bateri gergasi 11,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 90W. Jika benar, ini boleh menjadi antara kapasiti bateri terbesar pernah digunakan pada telefon arus perdana bukan kategori rugged.

    Menariknya, ia juga dikatakan bakal menjadi telefon pertama di dunia menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 5. Setakat ini, cip tersebut masih belum digunakan pada mana-mana peranti komersial dan dijangka memfokuskan keseimbangan prestasi serta kecekapan kuasa untuk segmen pertengahan.

    Berdasarkan maklumat yang tertiris, HONOR X80 Pro Max dijangka hadir dengan paparan OLED sekitar 6.8 inci beresolusi 2788 × 1280 (1.5K), cip Snapdragon 6 Gen 5, bateri 11,000mAh menyokong pengecasan pantas 90W dan sokongan pengecasan berbalik 27W. Selain itu, imej pengacah rasmi yang muncul turut menunjukkan rekaan belakang rata dengan modul kamera bulat serta konfigurasi kamera utama 50MP Matrix AI Vision.

    Dalam perkembangan sama, laporan terkini menyatakan HONOR telah menetapkan 22 Jun 2026 sebagai tarikh pelancaran di China. Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi mengenai harga dan ketersediaan global. Namun jika spesifikasi ini menjadi realiti, X80 Pro Max mungkin menjadi antara telefon kelas pertengahan yang paling agresif daripada sudut ketahanan bateri.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...