More

    HONOR X8a dilancar di Malaysia: Skrin FullView 6.7″ dan kamera ultra 100MP berharga RM999

    HONOR Malaysia mengumumkan pelancaran HONOR X8a pada harga RM999 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM258 termasuk Pengecas Kereta HONOR SuperCharge dan jaminan lanjutan 1 tahun.

    HONOR X8a mempunyai kamera utama 100MP, kamera lebar, kedalaman 5MP dan kamera makro di bahgaian belakang manakala kamera Swafoto 16MP di bahagian hadapan. Dengan teknologi AI, HONOR X8a membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dengan lebih mudah dalam lebih 20 senario.

    Selain itu, ia dilengkapi dengan skrin FullView HONOR 6.7 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 93.6%, kadar segar semula 90Hz, teknologi Penentukuran Warna Paparan HONOR yang menala suhu warna pada setiap frame dan diiktiraf oleh Pensijilan TÜV Rheinland. 

    Telefon pintar ini senipis 7.48mm dan seringan 179g membawa reka bentuk rata di sisi dan salutan licin berkilauan pada panel belakang. HONOR X8a nboleh didapati dalam warna Cyan Lake, Titanium Silver dan Midnight Black. 

    Mulai 11 Februari ini, HONOR X8a akan disediakan di kedai HONOR, kedai dalam talian HONOR di Shopee, Lazada HONOR dan pengedar sah.

    Ketahui lebih lanjut mengenai peranti ini atau peranti HONOR yang lain di laman web rasmi HONOR. Kongsipendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...