More

    HONOR X9 dan X8 – Telefon pintar dengan kualiti premium pada harga mampu milik

    Tahun ini, HONOR Malaysia telah melancarkan banyak telefon pintar kelas pertengahan seperti HONOR X7, HONOR X8, HONOR X9 4G dan HONOR X9 5G. Reka bentuk dan kualiti yang dibawakan oleh peranti ini memberikan rupa yang bergaya, skrin besar dengan bezel nipis, kamera yang cantik dan prestasi yang lancar.

    Yang menariknya, kesemuanya menyokong perkhidmatan GMS, WhatsApp, Google, Youtube dan Waze serta tiada masalah untuk mengemaskini aplikasi. Jadi, kami berpendapat bahawa kedua-dua peranti ini mempunyai kemudahan untuk akses, reka bentuk yang menarik dan sesuai menjadi telefon untuk digayakan pada Aidilfitfri tahun ini.

    Berikut adalah lima sebab mengapa telefon-telefon HONOR ini sangat sesuai dimiliki oleh mereka yang ingin berjimat:

    Skrin bertahap flagship

    HONOR X8 dan HONOR X9 5G dilengkapi Qualcomm Snapdragon 680 6nm, skrin LCD FullView dengan kadar segar semula 90Hz, nisbah skrin-ke-badan adalah sebesar 94% dan bezelnya senipis 1.05mm. Ini bermakna kedua-keduanya merupakan peranti kelas pertengahan yang mempunyai bezel ultra nipis. Ia memberikan rupa bentuk yang premium jika pertama kali melihatnya.

    Berkualiti dengan badan yang dibukti tahan lasak

    Selain itu, struktur dan bahan yang digunakan dalam pembuatan telefon ini mempunyai kualiti yang terbaik. Ia terbukti tahan lasak dan mendapat pelbagai pengiktirafan dalam ujian yang dijalankan. Pemilik HONOR tidak perlu risau tentang ketahanannya daripada segi luaran.

    Pengecasan Pantas HONOR

    Mengulas mengenai prestasi bateri, rata-rata peminat telefon pintar memerlukan ketahanan bateri yang cukup lama untuk tugasan harian dan pengecasan pantas untuk menjimatkan masa mengecas. HONOR X8 hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh manakala HONOR X9 5G pula hadir dengan bateri berkapasiti 4,800mAh. Masing-masing dibekalkan pengecasan pantas 22.5W untuk HONOR X8 dan 66W untuk HONOR X9 5G. Pengecasan pantas HONOR 66W mampu mengecas 81% dalam masa 30 minit sahaja serta 43 minit untuk mengecas penuh.

    Kamera ultra jelas

    Bahagian belakang HONOR X8 dilengkapi kamera kuad dengan kamera utama 64MP, ultra-lebar 8MP, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. HONOR X9 5G  pula mempunyai tiga kamera di mana kamera utama mempunyai sensor 48MP, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Kualiti gambar yang dihasilkan mampu memberikan kepuasan kepada pengguna terutama ketika memakai mod malam.

    Teknologi HONOR RAM Turbo

    Terakhir, HONOR X8 dan HONOR X9 5G dilengkapi teknologi HONOR RAM Turbo di mana ia berfungsi dengan menambahkan RAM sehingga 10GB. Ia memberikan pengalaman penggunaan tanpa sangkut sama ada ketika bermain game atau menyelesaikan tugasan yang memerlukan pembukaan banyak aplikasi secara serentak.

    "
    "

    Untuk promosi AIdilfitri tahun ini, jika anda membeli salah sebuah peranti HONOR siri X sebelum 8 Mei, anda akan berpeluang mendapatkan hadiah bernilai sehingga RM298 termasuk HONOR CHOICE Earbuds X dan lanjutan tempoh jaminan secara percuma sehingga setahun.

    Tambahan, HONOR X7 yang berharga daripada RM699 juga sesuai sebagai hadiah raya dengan jangka hayat bateri besar 5000mAh dan kamera kuad 48MP. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi HONOR siri X, anda boleh layari laman rasmi HONOR Malaysia.

    Adakah anda berminat dengan salah satu peranti HONOR siri X ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...