More

    HONOR X9b ‘makan’ 2,500 das peluru paintball, buktikan ketahanan yang luar biasa

    Menambahkan lagi rasa teruja terhadap HONOR X9b yang akan dilancarkan tidak lama lagi, HONOR Malaysia telah menjemput pengamal media Malaysia menyertai ujian eksklusif di Nemesis Legion Paintball Academy untuk menguji ketahanan HONOR X9b dengan menembaknya dengan menggunakan paintball.

    Ujian rintis ini melibatkan 80 peserta dengan jumlah keseluruhan 2,500 das peluru paintball ditembak ke arah HONOR X9b. Dianugerahkan sebagai telefon pintar pertama dunia memperoleh pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut oleh SGS Switzerland, HONOR X9b mengukuhkan reputasinya sebagai telefon pintar paling tahan lasak sehingga hari ini.

    Mengukuhkan lagi bukti tentang ketahanannya, terdapat cabaran memecahkan papan kayu menggunakan HONOR X9b. Telefon ini berjaya memecahkan lebih 200 keping papan kayu sekaligus menguatkan lagi reputasinya sebagai telefon paling kukuh. Ini 5 perkara yang kita boleh ketahui mengenai telefon pintar HONOR Tahan Lasak Semua Sudut:

    Ketahanan Peranti 360°: Dengan Paparan Antijatuh Melantun Ultra HONOR, HONOR X9b mempunyai rintangan jatuh keliling, melindungi kedua-dua bahagian skrin hadapan dan belakang peranti.

    Perlindungan 3 Peringkat: HONOR X9b memiliki struktur tiga lapisan pengukuhan separa skrin, perlindungan mampan sekitar disekeliling skrin dan perlindungan kedap dalam fiuslaj bertujuan untuk melindungi skrin, bingkai dan komponen dalaman demi perlindungan.

    Bahan Kusyen Canggih: HONOR X9b tampil dengan bahan kusyen yang canggih dan mampu meresap impak jatuh sehingga 1.2 kali memastikan peranti anda tetap selamat.

    Ketahanan Diiktiraf SGS: HONOR X9b dengan bangganya memegang takhta sebagai yang pertama dunia mendapat pensijilan 5 bintang rintangan jatuh setiap sudut oleh SGS Switzerland.

    Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari: HONOR X9b merupakan yang pertama dalam industri menawarkan pengguna penggantian skrin retak depan dan belakang selama setahun selepas tempoh pembelian.

    "
    "

    Sama-sama nantikan kemunculan HONOR X9b dalam pasaran Malaysia dan untuk maklumat lanjut tentang HONOR X9b, sila klik di sini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured