More

    HONOR X9c dilancar di Malaysia: Telefon pintar tahan lasak dengan bateri 6,600mAh, kamera 108MP bermula RM1,499

    HONOR Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar baharu yang sangat tahan lasak iaitu HONOR X9c 5G. Ciri utama telefon ini adalah teknologi Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh yang membuatkan telefon ini boleh ditenggelami air, tahan jatuh dan tahan calar.

    Bagi menyediakan mutu buatan yang kukuh, telefon ini mempunyai perlindungan Ultra-Bounce Anti-Drop 2.0 yang bermaksud telefon ini masih berfungsi dengan elok walaupun selepas dijatuhkan daripada paras ketinggian 2 meter.

    Selain itu, ia mempunyai rating kalis air dan debu IP65M, di mana huruf “M” itu bermaksud ia boleh ditenggelami air selama 5 minit pada paras kedalaman 25cm3. HONOR juga mengatakan telefon ini mempunyai pengiktirafan Pensijilan Kebolehpercayaan Komprehensif Lima Bintang SGS bagi membuktikan ketahanannya yang telah diuji oleh pihak ketiga.

    Daripada segi spesifikasi, antara yang menarik termasuklah bateri besar 6,600mAh di mana HONOR mengatakan cukup untuk menonton video selama 25.8 jam. Ia boleh dicas dengan pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge dan pengecas turut disertakan dalam kotak.

    HONOR X9c turut dilengkapi beberapa fungsi AI yang terdapat pada siri telefon flagship HONOR Magic, seperti Magic Portal untuk penggunaan antara aplikasi yang lancar, AI Eraser untuk membuang objek yang tidak diingini dalam gambar, AI Blur Private Info untuk kaburkan maklumat sensitif dalam gambar dan Parallel Space untuk menyimpan fail dalam ruang asing yang lebih selamat.

    Skrinnya pula menggunakan panel OLED berukuran 6.78 inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 4,000 nits. Satu lagi ciri menarik adalah kamera utama 108MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) yang boleh menghasilkan gambar cantik walaupun tanpa tripod.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR X9c:

    • Skrin OLED 6.78 inci, resolusi 2700×1224, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 4,000 nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1
    • RAM 12GB, boleh dibesarkan secara maya sebanyak 12GB lagi
    • Storan dalaman 256GB
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar
    • Kamera swafoto
    • Bateri 6,600mAh
    • Pengecasan pantas 66W
    • Sistem operasi Android 14 dengan MagicOS 8.0
    • Kemas kini utama 2 tahun, kemas kini keselamatan 3 tahun
    • Pembesar suara stereo dengan volume maksimum hingga 300%
    • Harga:
      • 12GB+256GB: RM1,499
      • 12GB+512GB: RM1,699

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured