More

    HONOR X9d 5G dilancar di Malaysia: Rekaan tahan lasak, rating IP69K, bateri 8,300mAh bermula RM1,499

    HONOR Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu HONOR X9d 5G. Seperti telefon-telefon dalam siri HONOR X sebelum ini, HONOR X9d 5G mempunyai rekaan yang sangat tahan lasak dan masih dilengkapi spesifikasi canggih untuk telefon kelas pertengahan.

    HONOR X9d 5G merupakan telefon pertama dengan pengiktirafan SGS Triple-Resistant yang membuatkannya tahan impak dan 25% lebih kuat daripada HONOR X9c. Ia dibuat dengan kaca Ultra Deep Tempered Glass yang tahan calar dan retak supaya ia boleh digunakan dengan lama.

    Untuk rating kalis air dan debu, ia merupakan telefon pertama dengan rating IP69K yang bermaksud ia boleh menahan semburan air jet tekanan tinggi dan suhu panas. Ia juga boleh membuang air dan debu daripada semua portnya.

    Selain rekaan yang sangat tahan lasak, ia mempunyai kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 8,300mAh. Apabila digabungkan dengan teknologi HONOR MagicOS 9.0 Power Saving Technology, HONOR mengatakan baterinya mampu bertahan selama lebih daripada sehari.

    Ia juga mempunyai skrin AMOLED berkualiti tinggi, dengan gamut warna DCI-P3 100% untuk warna yang terang, resolusi 2.6K untuk butiran tajam, kecerahan puncak 6,000 nits untuk tonton mudah bawah cahaya terik dan kadar segar semula 120Hz untuk animasi yang lancar. Sempadan skrinnya kini rata sepenuhnya, berbeza dengan HONOR X9c yang melengkung.

    HONOR X9d 5G juga merupakan telefon HONOR X pertama yang dilengkapi pelbagai fungsi suntingan gambar berdasarkan AI seperti AI Cutout, AI Eraser, AI Eyes Open, AI Upscale dan Remove Reflection.

    Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk HONOR X9d 5G:

    • Skrin HONOR FullView AMOLED Display 6.79 inci, resolusi 2640×1200, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 6,000 nits, gamut warna DCI-P3 100%
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 4
    • RAM 12GB
    • Storan dalaman 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 5MP
    • Kamera hadapan 16MP
    • Bateri 8,300mAh
    • Pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge
    • Pembesar suara stereo dengan volume sehingga 400%
    • Rating kalis air dan debu IP69K, IP68 dan IP66
    • Menyokong Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/ax, 2.4G/5G, Bluetooth 5.2
    • Fungsi AI Translate, AI Notes, AI Subtitles, AI Recorder, Gemini, Circle to Search
    • Ukuran 161.9 x 76.1 x 7.76mm, berat 193 gram
    • Pilihan warna Reddish Brown, Sunrise Gold, Forest Green dan Midnight Black
    • Harga:
      • 12GB+256GB: RM1,499
        12GB+512GB: RM1,699

    Pra-tempahan akan dibuka pada 24 September hingga 9 Oktober 2025. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM1,146, termasuklah HONOR Pad X7, Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari, Waranti Lanjutan 1+1, Waranti Perlindungan Cecair 1 Tahun. Jualan rasmi akan bermula pada 10 Oktober 2025.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured