Dengan ketibaan telefon pintar HONOR X9d 5G yang akan dilancar untuk pasaran Malaysia pada hari minggu hadapan, HONOR telah memperoleh perkenan daripada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sewaktu dipersembahkan dengan telefon ini.
Semasa pratonton eksklusif untuk filem tempatan Legasi: Bomba the Movie baru-baru ini, baginda telah berkenan mencemar duli dan menjadi antara yang terawal merasai ketahanan HONOR X9d 5G. Susulan itu, baginda memberikan isyarat tangan “bagus” sebagai tanda pengiktirafan untuk telefon ini.

Selain itu, HONOR X9d 5G juga membuat penampilan umum bersama pelakon filem tersebut, Ben Amir, apabila beliau menggunakannya di hadapan lebih 100,000 peminat yang hadir.
HONOR X9d 5G akan dilancar untuk pasaran Malaysia pada hari Rabu, 24 September 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







