More

    Hotel e-Sukan pertama Asia Tenggara dibuka di Malaysia, bilik “gaming” bermula RM115

    Terletak di bandar Senai, Johor, Malaysia, Hotel Esports SEM9 menawarkan bilik-bilik mewah yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini. Dibangunkan dan dibina oleh organisasi sukan SEM9 Asia Tenggara dan disokong oleh SEAGM dan Aiken Digital, SEM9 Senai menyasarkan untuk membawa konsep baharu dalam bidang game dan esukan.

    Hotel ini terletak hanya tiga minit berjalan kaki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Para tetamu boleh menikmati pengalaman grafik game yang terbaik dengan komputer gaming berprestasi ultra tinggi yang dikuasakan oleh grafik Nvidia terkini dan kerusi gaming yang selesa.

    Seluruh hotel dilengkapi dengan jalur lebar berkelajuan tinggi dan akses internet mudah alih sama ada melalui WiFi atau kabel. Selain itu, terdapat bilik yang menempatkan game konsol PlayStation 5 dengan pengawal DualSense wayarles. Pengunjung juga boleh membeli barangan SEM9 yang menampilkan jersi dan barang eksklusif pasukan esport SEM9.

    Bilik gaming SEM9 Senai tersedia untuk ditempah sekarang dan akan dibuka kepada orang ramai pada 1 Jun 2022 dengan 122 bilik termasuk bilik bukan untuk gaming. Bilik gaming ini tersedia untuk ditempah untuk tempoh sehari atau setengah hari. Harga bermula dari RM220 untuk sehari dan RM115 untuk setengah hari.

    Lihat lebih banyak pengalaman hotel baharu ini melalui laman web rasmi. Kongsi pendapat anda tentang ujian ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: IGN

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...