More

    Hotlink anjurkan pertandingan Mobile Legends: Bang Bang khas untuk pelajar IPT Malaysia

    Syarikat telekomunikasi tempatan Hotlink akan menganjurkan Uni Legends MLBB 2024 iaitu pertandingan e-sukan pertama yang dikhaskan untuk para pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia.

    Ia akan bermula pada bulan September untuk acara dalam talian, kemudian diakhiri dengan kemuncak peringkat terakhir yang akan diadakan di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada bulan Oktober. Setiap pasukan dalam peringkat terakhir akan bersaing dalam beberapa pusingan untuk peluang memenangi hadiah terkumpul sebanyak RM100,000.

    Peringkat terakhir akan berlangsung pada 18 sehingga 20 Oktober 2024 dan ia bakal menyaksikan lapan pasukan terbaik bersaing untuk menjadi johan pertandingan. Selain pertandingan tersebut, ia juga dianjurkan bersama festival yang menampilkan bazar makanan, festival urban dan persembahan muzik.

    Pendaftaran telah pun dibuka sehingga 19 Ogos 2024 dan boleh dibuat dalam laman web Hotlink Uni Legends. Mereka yang berminat perlu membentuk sebuah pasukan yang terdiri daripada enam ahli, dan semua ahli pasukan perlu mempunyai status sebagai pelajar sedia ada di mana-mana IPT dalam Malaysia. Tiada had umur akan dikenakan dan ia terbuka kepada warganegara Malaysia serta pelajar antarabangsa.

    Pertandingan e-sukan Hotlink ini adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif e-sukan yang disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta disokong oleh pelbagai syarikat seperti MOONTON Games dan ZUS Coffee.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured