More

    HOVERAir Versa dilancar — Kamera poket 2-dalam-1 boleh bertukar jadi dron

    HOVERAir melancarkan HOVERAir Versa iaitu peranti hibrid 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi kamera poket dan dron terbang. Peranti ini disifatkan sebagai kamera poket pertama di dunia yang berkeupayaan untuk terbang. Dalam fizikal asal, Versa berfungsi seperti kamera saku biasa yang dilengkapi sistem penstabilan gimbal 3-paksi.

    Ia hadir dengan skrin boleh diputar, lampu RGB sebagai penunjuk status serta butang kawalan fizikal. HOVERAir mendakwa peranti ini menggunakan pemproses imej terkini yang menawarkan julat dinamik tinggi dan prestasi rakaman pencahayaan rendah. Untuk bertukar menjadi dron, pengguna perlu memasang modul badan dron lipat pada unit kamera utama.

    Modul sayap disambungkan secara magnetik menggunakan set pogo pin. Selepas modul dipasang dan sayap dibuka, ia boleh berlepas terus dari tapak tangan pengguna dengan menekan satu butang. Versa menggunakan sistem penjejakan berasaskan AI untuk mengikut subjek secara automatik tanpa memerlukan alat kawalan jauh fizikal.

    Ia menyokong lebih 10 mod penerbangan pintar, ciri pengkaderan AI dan fungsi 3D Worlds. Fungsi 3D Worlds membolehkan dron terbang dalam sudut 360 darjah dan mereka semula imej babak tiga dimensi yang boleh dilihat dari pelbagai sudut pada mana-mana peranti.

    Buat masa ini, HOVERAir belum mendedahkan maklumat spesifikasi teknikal penuh, harga rasmi mahupun tarikh penawaran pasaran bagi peranti ini. Mereka juga belum mempunyai kehadiran rasmi di pasaran tempatan buat masa ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HOVERAir

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...