More

    HP ENVY 16 dan Spectre x360 dilancar di Malaysia, miliki cipset Intel Gen-12 bermula RM6,999

    HP Malaysia telah memperkenalkan komputer riba ENVY 16 dan Spectre x360 dalam pasaran Malaysia. Ini adalah komputer riba tertumpu kepada pencipta kandungan yang dikuasakan oleh cipset pemproses Intel Generasi ke-12 manakala ENVY 16 mungkin merupakan komputer riba pertama di Malaysia yang didatangkan dengan grafik Intel Arc.

    ENVY 16 ialah komputer riba 16 inci yang dilengkapi dengan paparan nisbah 16:10 yang memaparkan resolusi 2560×1600, penyegaran semula 120Hz, kecerahan 400 nits dan meliputi 100% gamut warna sRGB dengan nilai Delta daripada E<2 yang menjadikan ianya salah satu paparan warna paling tepat dalam kelasnya.

    Daripada segi prestasi, ENVY 16 dikuasakan oleh pilihan cipset sama ada Core i5-12500H atau Core i7-12700H yang digabungkan bersama kad grafik RTX 3060 dengan VRAM 6GB atau Intel Arc A370M dengan VRAM 4GB. RAM DDR5-4800MHz boleh dikembangkan sehingga 32GB dengan dua slot memori SODIMM dan dua PCIe NVME SSD dengan konfigurasi RAID 0.

    Dalam ciri lain, HP ENVY 16 menampilkan kamera IR HP TrueVision 5MP dengan pengatup privasi, dua port Thunderbolt 4, port USB 3.2 Gen 2, HDMI 2.1, pembaca kad MicroSD dan empat pembesar suara ditala oleh Bang dan Olufsen. HP ENVY 16 bermula pada harga RM6,999 dan boleh dibeli di HP.com atau penjual sah di seluruh negara.

    HP Spectre x360 pula ialah komputer riba 2-dalam-1 dengan berat 1.37kg dan dilengkapi dengan paparan13.5 inci OLED sentuh dengan resolusi 3000×2000. HP juga menawarkan komputer riba dengan panel IPS yang disertakan dengan resolusi 1920×1280 dan teknologi HP Sure View Reflect iaitu ciri yang boleh mengehadkan sudut tontonan untuk menghalang seseorang daripada melihat skrin anda dari sisi.

    Daripada segi prestasi, Spectre x360 ialah komputer riba yang diperakui Intel Evo. Ia dikuasakan oleh cipset Core i7-1255U atau Core i5-1235U yang cekap kuasa serta RAM LPDDR4x-4266MHz sehingga 32GB dan SSD PCIe Gen4 2TB. Terdapat dua port Thunderbolt 4, port USB 3.2 Gen 2 dan pembaca kad MikroSD. Ia juga mempunyai kamera web 5MP yang sama yang terdapat pada ENVY 16.

    HP Spectre x360 akan dijual daripada RM7,199 dan boleh dibeli di HP.com atau sah di seluruh negara. Adakah anda berminat dengan mana-mana komputer riba di atas? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...