More

    HP Malaysia perkenal ZBook Ultra G1a dan Z2 Mini G1a dengan cip AMD Ryzen AI Max, bermula RM5,999

    HP Malaysia telah melancarkan dua produk baharu bawah siri workstation dengan sebuah komputer riba dan sebuah desktop mini yang kedua-duanya menekankan pada kuasa mudah alih serta prestasi tinggi. Model yang dimaksudkan ialah HP ZBook Ultra G1a dan HP Z2 Mini G1a yang masing-masing dikuasakan oleh cip AMD Ryzen AI Max terkini.

    HP ZBook Ultra G1a hadir dalam saiz 14 inci dengan pilihan resolusi skrin antara 1920 x 1200 piksel dan OLED sentuh 2880 x 1800 piksel. Ia menyokong cipset AMD Ryzen AI Max 385 hingga Ryzen AI Max+ Pro 395 serta mampu menampung memori sehingga 128GB LPDDR5X dan storan sehingga 4TB SSD M.2.

    Daripada segi sambungan, ia dilengkapi USB-C, 2x Thunderbolt 4, USB-A dan HDMI 2.1. Sistem operasi prapasang merangkumi Windows 11, namun pengguna turut boleh memilih Ubuntu 24.04 LTS atau Red Hat Enterprise Linux 10. Harga bermula daripada RM7,799 dan model ini sudah boleh didapati di pasaran tempatan.

    Walaupun diklasifikasikan sebagai desktop, HP Z2 Mini G1a cukup kecil dan ringan untuk dibawa ke mana-mana dengan ukuran badan hanya 8.55 x 16.8 x 20cm dan berat sekitar 2.3kg. Sama seperti ZBook Ultra, ia dikuasakan oleh cip AMD Ryzen AI Max 380 hingga Max+ Pro 395 dengan kapasiti memori LPDDR5X sehingga 128GB dan storan daripada 256GB hingga 4TB SSD M.2.

    Antara port yang tersedia ialah USB-C, bicu audio 3.5mm, 5x USB-A, 2x mini DisplayPort 2.1, 2x Thunderbolt 4 dan LAN RJ45. Tambahan lain termasuk pilihan untuk lebih banyak port USB dan LAN. Daripada segi sistem operasi, pengguna boleh memilih antara Windows 11 Pro, Windows 11 Home atau Ubuntu 24.04 LTS dengan keserasian penuh untuk sistem Linux.

    Harga jualan bermula pada RM5,999 termasuk papan kekunci serta tetikus dan ia juga sudah boleh dibeli sekarang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured