More

    HP Victus 16 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” bajet bermula RM3,749

    Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba gaming yang lebih mampu milik berbanding kebanyakan komputer jenama lain, HP Victus 16 mungkin adalah produk sesuai untuk anda. HP Victus adalah sebuah barisan produk baharu daripada HP yang memfokuskan pada komputer riba gaming kelas pertengahan dan dijual pada harga lebih murah berbanding HP OMEN.

    HP Victus dilengkapi cipset Intel Core i7-12700H atau AMD Ryzen 7 6800H, namun harga untuk varian AMD adalah lebih mahal sedikit berbanding varian Intel. Komputer ini juga turut dipasangkan bersama perisian OMEN Gaming Hub di mana pengguna boleh mengakses Performance Mode, Network Booster dan System Vitals untuk meningkatkan prestasi gaming.

    Spesifikasinya terdiri daripada skrin 16 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz, serta pemprosesan grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 Laptop GPU 6GB atau AMD Radeon RX 680M. Ia juga disediakan dengan RAM DDR5-4800MHz sehingga 32GB.

    Untuk storan, ia menawarkan SSD PCIe Gen4 sehingga 1TB atau dwi-SSD yang menyokong storan RAID 0 serta Intel Optane Memory. Berikut adalah harga untuk Victus 16:

    HP Victus 16 boleh dibeli di laman web HP Online Store, Shopee atau Lazada. HP Malaysia juga akan memandu lori HP Gaming Truck sekitar Lembah Klang, Johor dan Penang bagi mempromosikan komputer ini. Dengan cogan kata #PlayToProgress, kenderaan ini dilengkapi komputer dan aksesori terbaru dalam siri HP OMEN dan HP Victus.

    Para pemain juga boleh menyertai #HPGameOn9 Challenge di HP Gaming Truck, di mana anda boleh bersaing dalam CS:GO, DOTA 2, PUBG atau Valorant untuk peluang memenangi Victus 16. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured