More

    HTC Desire 20+ dilancar: Snapdragon 720G, empat kamera, bateri 5,000mAh berharga ~RM1,225

    Jenama elektronik dari Taiwan, HTC, telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan iaitu HTC Desire 20+. Telefon ini dilengkapi dengan cipset Snapdragon 720G, empat kamera belakang, paparan HD+ dan bateri 5,000mAh.

    Skrinnya berukuran 6.5 inci dengan resolusi 1600×720 dan mempunyai takuk (notch) berbentuk titisan air di atas yang menempatkan kamera swafoto 16MP. Ia mempunyai sempadan bezel yang nipis kecuali pada bahagian bawah di mana ia tebal sedikit.

    Permukaan belakangnya mempunyai jalinan yang agak menarik, dengan garisan tertimbul pada seluruh permukaan. Terdapat juga pengimbas cap jari serta bonggol kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 5MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 5MP.

    Daripada segi memori, HTC Desire 20+ mempunyai RAM 6GB dan storan 128GB yang boleh dibesarkan menggunakan microSD. Seperti kebanyakan telefon kelas pertengahan, ia mempunyai bicu audio 3.5mm.

    Pada masa ini, ia akan dijual di Taiwan pada harga TWD8,490 (~RM1,225) bermula 22 Oktober. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HTC

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured