More

    HUAWEI akan lancarkan aplikasi GoPaint, tawarkan pengalaman melukis yang menyeluruh

    HUAWEI bakal melancarkan aplikasi lukisan khas untuk tablet iaitu GoPaint pada 7 Mei 2024. Ia merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh HUAWEI sendiri dan menampilkan pelbagai fungsi unik untuk melukis dan mewarna.

    Aplikasi ini mempunyai beberapa pilihan berus dan alat melukis yang pintar. Untuk mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan aktiviti melukis, aplikasi ini menyediakan tutorial penuh bagi mengajar daripada tahap asas hinggalah mahir.

    Sebagai jenama peranti pertama yang membangunkan aplikasi lukisannya sendiri, HUAWEI telah menggunakan konsep Creation of Beauty yang dipandukan oleh keperluan para pengguna. Sejak mereka menganjurkan GoPaint Worldwide Creating Activity pada 2023, HUAWEI mendapat pelbagai maklumat mengenai fungsi yang diinginkan oleh para pelukis di seluruh dunia.

    GoPaint merupakan aplikasi profesional yang mudah diguna dan akan meningkatkan tarikan tablet HUAWEI untuk digunakan sebagai alat lukisan.

    HUAWEI bukanlah jenama yang asing dalam industri tablet, seperti yang dibuktikan oleh HUAWEI MatePad Pro 13.2″ yang menampilkan skrin OLED besar fleksibel dan berfungsi lancar bersama HUAWEI M-Pencil (generasi ketiga). Kedua-dua peranti ini dikuasakan oleh NearLink yang menyediakan 10,000+ titik deria tekanan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan aplikasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured