More

    HUAWEI akan lancarkan sistem operasi HarmonyOS 2.0 untuk telefon pintar, ingin ganti Android

    HUAWEI hari ini telah mengumumkan HarmonyOS 2.0, sebuah sistem operasi untuk telefon pintar dan pelbagai peranti elektronik sewaktu majlis HUAWEI Developers Conference 2020. Syarikat itu akan mengeluarkan versi beta kit pembangunan perisian (SDK) untuk HarmonyOS 2.0 pada hari ini kepada pembina aplikasi, namun SDK ini hanyalah untuk perisian jam tangan pintar dan televisyen.

    HUAWEI akan mengedarkan SDK khas untuk telefon pintar pada Disember 2020. Selain itu, CEO HUAWEI bahagian pengguna Richard Yu mengatakan telefon pintar yang dilengkapi HarmonyOS bakal dilancarkan pada tahun depan.

    Syarikat telekomunikasi itu berharap agar HarmonyOS boleh menjadi alternatif yang mantap kepada Android oleh Google. Sebelum ini, Richard Yu mengatakan HarmonyOS boleh dilengkapi dalam telefon-telefon pintar China jika sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap HUAWEI ini turut dikuat kuasakan terhadap jenama China yang lain.

    Adakah anda ingin mencuba HarmonyOS dalam telefon pintar anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured