More

    HUAWEI Band 10 dilancar di Malaysia dengan skrin AMOLED 1.47″ dan pembayaran QR berharga RM199

    Selain Mate XT Ultimate Design dan MatePad Pro 13.2”, HUAWEI hari ini turut melancarkan HUAWEI Band 10 dan HUAWEI FreeArc. HUAWEI Band 10 menggabungkan pemantauan kesihatan lanjutan dengan reka bentuk yang nipis dan ringan untuk memberikan pengalaman pemakaian yang selesa.

    Ia dilengkapi dengan pemantauan kesihatan lanjutan termasuk analisis kualiti tidur, tahap tekanan, serta pemantauan ritma jantung (HRV) bagi membantu pengguna mengoptimumkan kesihatan mereka. Peranti ini turut menampilkan Pembantu Kesihatan Emosi yang mengesan perubahan fisiologi sepanjang hari serta animasi panda interaktif untuk mencerminkan emosi pengguna.

    HUAWEI Band 10 hadir dengan tali fluororubber mesra kulit dan pelbagai pilihan warna seperti hitam, putih, biru, hijau, ungu serta sarung polimer. Ia menggunakan teknologi penjejakan AI yang menyokong pengecaman postur renang, pengoptimuman larian dalaman dan sensor sembilan paksi bagi analisis data sukan yang lebih tepat.

    Ia juga kalis air sehingga 50 meter yang menjadikannya sesuai untuk aktiviti renang dan senaman lain. Lebih menarik, HUAWEI turut memperkenalkan fungsi pembayaran QR e-dompet baharu yang membolehkan pengguna membayar dengan mudah melalui Touch ‘n Go.

    Ciri ini bukan sahaja tersedia untuk HUAWEI Band 10, tetapi juga untuk beberapa model jam tangan pintar HUAWEI lain seperti siri WATCH GT 5, WATCH GT 4, WATCH FIT 3, WATCH D2, dan WATCH Ultimate.

    HUAWEI Band 10 baharu berharga RM199 dan boleh ditempah mulai sekarang hingga 24 Mac 2025 di HUAWEI Experience Stores, laman rasmi HUAWEI, Shopee HUAWEI Official Store, Lazada HUAWEI Flagship Store dan HUAWEI Official TikTok Store.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...