HUAWEI telah melancarkan HUAWEI Band 10 iaitu peranti boleh pakai terbaharu yang kini boleh didapati di seluruh negara dengan harga hanya RM149. HUAWEI Band 10 menawarkan ciri setaraf jam pintar dan ia merupakan model pertama dalam siri HUAWEI Band yang menyertakan fungsi pembayaran QR melalui TNG eWallet.
Selai itu, terdapat juga fungsi penjejakan kesihatan canggih, mod kecergasan berasaskan AI dan hayat bateri sehingga 14 hari. Dengan reka bentuk ringan hanya 15g dan ketebalan 8.99mm, Band 10 dilengkapi skrin AMOLED 1.47 inci serta rangka aloi aluminium yang selesa untuk digunakan seharian.


Peranti ini hadir dengan ciri pemantauan tidur, peringatan tekanan dan lebih 100 mod senaman termasuk renang serta larian dalaman. Selain itu, HUAWEI Band 10 menawarkan fungsi pemantauan kesihatan pintar seperti Emotional Wellbeing Assistant, kesedaran pernafasan semasa tidur, Analisis Aritmia Gelombang Nadi dan pemantauan kadar denyutan jantung masa nyata.
Bagi mereka yang berminat, HUAWEI menawarkan baucar diskaun RM40 untuk pembelian dalam talian. HUAWEI Band 10 kini boleh didapati di laman rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada dan TikTok Shop serta di kedai-kedai rasmi HUAWEI di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi atau media sosial HUAWEI.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI Band 10 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






