More

    HUAWEI Band 8 akan dilancar di Malaysia pada 1 Jun: Harga pra-tempah pada RM149

    HUAWEI Band 8 akan tiba ke Malaysia pada hari esok, 1 Jun 2023 sambil menampilkan warna Midnight Black, Sakura Pink dan Emerald Green. Harga pra-tempah juga telah didedahkan iaitu RM219 tetapi dalam masa terhad dari 1-5 Jun 2023 pada harga RM149 sahaja.

    Promosi ini hanya eksklusif untuk HUAWEI Flagship Store di Lazada yang memberikan anda tawaran diskaun sehingga RM20 berserta diskaun RM50. HUAWEI Band 8 mempunyai badan 8.99mm dan berat 14g menampilkan paparan AMOLED 1.47 inci dengan resolusi 368 x 194-piksel. Paparannya menggunakan skrin kaca melengkung berkualiti tinggi 2.5D dan perlindungan Corning Gorilla Glass.

    HUAWEI telah menyepadukan sensor TruSeen 5.0 terbaharunya sendiri, menyediakan pemantauan biometrik yang dipertingkatkan dengan peningkatan 10% dalam ketepatan denyutan jantung pada tempoh tidur dan bangun. Ia juga mempunyai 100 jenis mod senaman termasuk berlari, berbasikal, berenang dan lompat tali. Baterinya boleh bertahan sehingga 14 hari dalam kuasa penuh, sembilan hari pada penggunaan biasa dan tiga hari pada mod AOD.

    Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI Band 8 di laman web rasmi HUAWEI, Facebook atau Instagram. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured