More

    Huawei bina rangkaian 5G dalam hospital untuk lawan Coronavirus

    Syarikat elektronik China Huawei kini menggunakan kepakarannya dalam industri perhubungan untuk membantu ahli-ahli perubatan dalam menangani krisis Coronavirus di negara itu. Huawei kini sedang membantu memperbaik infrastruktur hospital melalui rangkaian 5G.

    Menurut sebuah artikel daripada akaun rasmi Huawei di media sosial Weibo, Huawei akan membina stesen pangkalan Caidian Vulcan Mountain 5G yang akan merangkumi Hospital Wuhan Vulcan Mountain, sebuah hospital yang dibina khusus untuk melawan pandemik ini. Hospital tersebut akan mengikuti model Hospital Beijing Xiaotangshan yang dibina pada 2003 untuk menangani penyebaran virus SARS pada tahun itu.

    Artikel itu mengatakan proses untuk membina infrastruktur tersebut telah disiapkan dalam tempoh tiga hari. Ia akan membenarkan Hospital Vulcan Mountain untuk mencapai kelajuan perhubungan 5G dan menjalankan tugas-tugas pengumpulan data dengan stabil. Huawei juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Kesihatan dan Perubatan Hubei untuk memastikan sistem konferens video suruhanjaya tersebut berjalan lancar.

    Ini semua adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan China untuk menyiapkan Hospital Vulcan Mountain dalam tempoh seminggu. Kongsi pendapat anda tentang perkembangan ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured