More

    HUAWEI cari jalan tawarkan rangkaian 5G dalam telefon pintar

    Seperti yang anda ketahui, Amerika Syarikat telah menyekat bekalan IT bagi jenama HUAWEI. Ia telah menyebabkan kerugian terutamanya dalam pembelian cip. Namun, hasil usaha keras syarikat, mereka mendapat keupayaan untuk menggunakan hanya pemproses 4G. 

    Kini, mereka tidak bernasib baik dan tidak dapat menawarkan penyelesaian dalam penghasilan telefon pintar 5G. HUAWEI mempunyai kes khas yang menawarkan modem 5G terbina dalam peranti. Kami tidak pasti bagaimana modem tersebut berfungsi tetapi ia mungkin perlu disambungkan melalui port USB-C. Tahap penerimaan isyarat akan lebih rendah jika modem sedemikian tersedia pada tahap perkakasan. 

    Pengguna mempunyai pilihan sama ada mereka boleh menerima kekuatan isyarat yang lemah atau menolak keupayaan rangkaian 5G. Sehingga kini, HUAWEI tidak mengeluarkan butiran kes dan kosnya. Tiada juga data mengenai peranti yang bakal dilancarkan serta pengeluaran pasaran luar China.

    Selain itu, United Kingdom (UK) tidak bersedia dengan perancangan kerajaan untuk pelaksanaan berskala besar bagi mengurangkan bahagian penyelesaian HUAWEI dalam rangkaian 5G negara kepada 35% menjelang Januari 2023. Pihak berkuasa perlu menangguhkan tarikh akhir untuk mengambil langkah yang perlu sekurang-kurangya pada akhir bulan Julai tahun yang sama.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured