More

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi pilihan terbaharu dalam barisan telefon pintar HUAWEI yang memfokuskan reka bentuk paparan Unik. Ciri utama peranti terletak pada skrin OLED 6.39 inci yang menggunakan nisbah aspek lebar 16:9.5 dan resolusi 2232 x 1320 piksel.

    Skrin berkenaan menyokong nisbah skrin-ke-badan sebanyak 96.1 peratus dan bingkai di sekeliling skrin dikurangkan sehingga 1.05mm. Panel paparan menawarkan kecerahan puncak sehingga 6,500 nits bersama pemalapan PWM 2,160Hz. Nisbah paparan lebar 16:9.5 berfungsi memberikan kawasan paparan yang lebih luas berbanding panel format panjang konvensional.

    Skrin lebar memberikan keluasan paparan yang lebih optimum semasa membaca dokumen, menonton video dan bermain permainan video. Walaupun dipadankan dengan bateri berkapasiti 7,000mAh, ia mempunyai ketebalan fizikal 6.68mm dan berat 201 gram. Pura X View beroperasi menggunakan sistem HarmonyOS 7.0.

    Bagaimanapun, HUAWEI tidak mengumumkan perincian cip pemprosesan dan spesifikasi lengkap kamera belakang. HUAWEI Pura X View ditawarkan dalam pilihan memori RAM 12GB bersama storan 256GB, 512GB dan 1TB. Pilihan warna yang disediakan merangkumi Phantom Night Black, Leaping Shadow Red, Linen Grey dan Zero Degree White.

    Tempahan awal kini telah dibuka di China dengan jualan rasmi dijadualkan bermula pada 28 Ogos. Namun, tanda harga rasmi dan ketersediaan untuk pasaran antarabangsa masih belum diumumkan oleh mereka. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...