More

    HUAWEI dan CelcomDigi bekerjasama untuk perkenalkan AI dalam rangkaian 4G dan 5G

    CelcomDigi dan HUAWEI Technologies (Malaysia) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menyepadukan teknologi kecerdasan buatan (AI) ke dalam rangkaian CelcomDigi serta membangunkan rangkaian 4G dan 5G yang paling pintar di Malaysia.

    Kerjasam ini akan meneroka kebolehan-kebolehan AI untuk digunakan dalam Radio Access Network (RAN) oleh CelcomDigi, turut dikenali sebagai IntelligentRAN. Ini termasuklah pengenalan digital twin system untuk membenarkan eksperimentasi pantas dalam model rangkaian baharu, supaya CelcomDigi boleh melaksanakan simulasi berskala besar dalam rangkaian maya sebelum ia diperkenalkan secara meluas.

    Ia juga membenarkan pengurusan rangkaian secara proaktif yang menggunakan algoritma ramalan untuk menghasilkan pengalaman pelanggan yang konsisten dan boleh dipercayai. Buat para pelanggan pula, teknologi AI boleh membawa perkhidmatan pelanggan yang lebih peribadi dan hubungan wayarles yang dipertingkatkan.

    Di samping itu, CelcomDigi akan melihat kemungkinan untuk menggunakan data rujukan daripada platform HUAWEI bagi meneliti trend penggunaan dan perkhidmatan, bagi mengurus transformasi digital syarikat itu dengan lebih lancar.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...