More

    HUAWEI dijangka akan lancarkan cipset terakhir, Kirin 9000 pada 3 September ini

    Syarikat gergasi dari China, HUAWEI, telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sidang media di acara IFA 2020 yang berlangsung di Berlin 3 September ini. Walaupun HUAWEI tidak memberitahu apa yang mereka akan lancarkan di acara tersebut, orang ramai sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku.

    Sumber terbaru memberitahu bahawa HUAWEI turut akan mengumumkan cipset terbaru mereka iaitu Kirin 9000, yang mungkin adalah cipset terakhir mereka selain daripada pelancaran telefon flagship siri Mate40.

    Cipset HUAWEI HiSilicon Kirin 9000 ini dihasilkan oleh syarikat TSMC menggunakan proses nod 5nm. Cipset ini bakal menjadi cipset 5nm pertama di dunia kerana pelancarannya yang lebih awal berbanding Qualcomm dan Apple. Namun, butiran yang lebih lanjut mengenai cipset ini masih lagi belum diketahui.

    Untuk siri HUAWEI Mate40 pula, HUAWEI dijangkakan akan melancarkan tiga telefon pintar yang berbeza dengan nombor model OCE-AN00, NOH-AN00 dan NOP-AN00. HUAWEI Mate40 dijangka akan hadir dengan skrin FullHD+ bersaiz 6.5 inci dan skrin QHD+ bersaiz 6.78 inci untuk versi pro. Telefon siri baru ini dijangka masih menggunakan sistem operasi Android bukannya HarmonyOS buatan mereka serta juga akan menyokong 5G.

    Cipset Kirin 9000 ini dikatakan adalah cipset terakhir dari HUAWEI kerana kontrak pembuatan cipset bersama syarikat TSMC telah dihalang akibat ketegangan antara HUAWEI dan Amerika Syarikat. Syarikat dari Taiwan tersebut akan berhenti menghasilkan cipset HiSilicon bermula 15 September ini.

    Adakah HUAWEI akan membuat cipsetnya sendiri pada masa hadapan dan tidak lagi bergantung pada syarikat lain? Nantikan berita akan datang mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured