More

    HUAWEI dilaporkan sedang menghasilkan pengecasan pantas 90W!

    Terbaru, HUAWEI dikhabarkan sedang dalam proses untuk menghasilkan teknologi pengecasan pantas 90W. Buat masa ini, pengecasan yang paling laju dari HUAWEI adalah SuperCharge 66W yang diperkenalkan pada siri Mate 40 dan di nova 8i.

    Yang menarik, siri HUAWEI P50 yang akan datang dikatakan akan menjadi peranti pertama yang menggunakan teknologi baru ini. Hal ini kerana HUAWEI dikhabarkan akan melancarkan satu sahaja siri telefon pintar premium pada tahun ini (berkemungkinan besar tidak akan melancarkan siri Mate 50).

    Ketika pelancaran siri Mate 40 tempoh lalu, CEO HUAWEI Richard Yu menyatakan bahawa syarikat mereka sudah mencuba pengecasan pantas 120W dan 200W. Namun, mereka tidak meletakkan pada bateri telefon pintar untuk menjaga kesihatan bateri.

    Untuk pengetahuan anda, pengecasan pantas yang paling laju untuk telefon pintar setakat ini adalah sepantas 120W yang digunakan oleh BlackShark 4 Pro dan iQOO 7.

    Adakah anda berpuas hati dengan pengecasan pantas 90W? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured