More

    HUAWEI Enjoy 20 SE dilancar: Bateri 5,000mAh, cas pantas 22.5W bermula ~RM807

    Selain melancarkan siri HUAWEI nova 8 pada hari ini, HUAWEI juga telah melancarkan telefon kelas permulaan HUAWEI Enjoy 20 SE. Telefon ini dilengkapi skrin Full HD+ berukuran 6.67 inci dengan nisbah aspek 20:9 dan ketumpatan piksel 394 piksel per inci, pengimbas cap jari di sisi dan rekaan lengkungan 3D di belakangnya.

    Daripada segi hayat bateri, telefon ini mempunyai bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W. HUAWEI mengatakan bateri ini mampu menayangkan video selama 22 jam manakala pengecasan selama 10 minit boleh memberi penggunaan selama dua jam.

    Untuk spesifikasi dalaman pula, HUAWEI Enjoy 20 SE dilengkapi RAM 4GB atau 8GB dan storan dalaman 128GB. Kamera belakangnya terdiri daripada kamera utama 3MP, kamera ultra-lebar 8MP dengan fungsi kedalaman (depth of field) serta kamera makro.

    HUAWEI Enjoy 20 SE ditawarkan dalam tiga warna, iaitu hijau, emas dan hitam. Ia terdapat dalam dua varian memori iaitu:

    • 4GB+128GB berharga CNY1,299 (~RM807)
    • 8GB+128GB berharga CNY1,499 (~RM931)

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured