More

    HUAWEI FreeArc dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles “open-ear” berharga RM599

    Selain melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design, HUAWEI Malaysia hari ini turut melancarkan sepasang fon telinga wayarles terbaru iaitu HUAWEI FreeArc. Ia menampilkan rekaan telinga terbuka (open-ear) dengan cangkuk yang akan kekal erat pada telinga anda, walaupun sewaktu gerakan fizikal yang tinggi seperti bersenam.

    Fon telinga ini mempunyai aloi nickel-titanium 0.7mm yang membenarkan cangkuknya berubah untuk disesuaikan dengan pelbagai bentuk telinga. Permukaan luarannya dibuat daripada bahan silikon cecair yang mesra kulit bagi memberikan pengalaman pemakaian yang selesa. Ia turut mempunyai pengiktirafan SGS Smart Green Medal yang membuktikan materialnya yang selesa dipakai.

    Sewaktu membuat panggilan telefon, ia mempunyai dwi-mikrofon primer dengan pembatalan hingar tiga tahap (triple noise cancellation) bagi merakam suara pengguna dengan jelas, walaupun dalam situasi yang bising. Ia boleh dihubungkan dengan peranti sejauh 400 meter.

    Ia mempunyai rating kalis air IP57 bagi membenarkan anda memakainya walaupun di bawah hujan. Bagi memastikan audio dihalakan terus kepada telinga, ia mempunyai Reverse Sound Waves System untuk pengalaman audio yang lebih peribadi.

    HUAWEI FreeArc akan dijual di Malaysia pada harga RM599 dan akan ditawarkan dalam warna hitam, kelabu dan hijau. Pra-tempahan akan dibuka sehingga 24 Mac 2025 dan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai RM327 seperti HUAWEI Band 8, waranti 1+1 tahun, dan Loss Care selama dua tahun.

    Ia boleh dibeli di kedai HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...