More

    HUAWEI FreeBuds 5i akan dilancar pada 25 Januari 2023

    HUAWEI Malaysia memperkenalkan fon telinga True Wireless Stereo (TWS) yang akan dilancarkan pada 25 Januari 2023 dengan pembatalan hingar aktif (ANC) iaitu HUAWEI FreeBuds 5i. 

    HUAWEI FreeBuds 5i akan memberika kualiti audio yang luar biasa, reka bentuk bergaya dan serba boleh. Bukan itu sahaja, ia juga telah mendapat pensijilan Hi-Res Audio Wireless (Hi-Res) yang mempamerkan tindak balas frekuensi dan bunyi resolusi tinggi tanpa kehilangan sumber audio HD. 

    FreeBuds 5i juga menyertakan mod ANC dwi mikrofon, penyamaan (equalizer/ EQ), hayat bateri sehingga 28 jam (dengan kes pengecasan), pengecasan pantas dengan 4 jam main balik pada pengecasan selama 15 minit, serta Sambungan Peranti Dwi untuk penukaran yang lancar peranti dan sistem pengendalian yang berbeza.

    Untuk meraikan pelancaran yang akan datang, HUAWEI mengadakan peraduan dalam talian “Teka & Menang” dari sekarang hingga 24 Januari. Tiga pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi tiga unit FreeBuds 5i melalui laman web rasmi HUAWEI, Lazada dan Shopee. 

    Peserta boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:

    • Langkah 1 : Log masuk ke laman web rasmi HUAWEI atau kedai rasmi HUAWEI di Lazada atau Shopee
    • Langkah 2 : Teka harga dan letak jawapan anda pada kotak sembang di salah satu saluran
    • Langkah 3 : Seorang pemenang bertuah akan dipilih secara rawak daripada setiap saluran masing-masing dan akan diumumkan pada 30 Januari 2023.
    • Petunjuk peraduan: FreeBuds 5i didakwa menawarkan ciri-ciri inovatif pada harga terbaik untuk nilai serendah RM450 ke bawah.

    Ketahui lebih lanjut di halaman HUAWEI, Facebook atau Instagram. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...