More

    HUAWEI FreeBuds Pro 3 dilancar di Malaysia: ANC 3.0 5dB, hayat bateri 31 jam dan IP54 berharga RM899

    Selain itu, jam pintar HUAWEI Watch GT 4, syarikat itu turut melancarkan fon telinga FreeBuds Pro 3 yang menawarkan sokongan untuk codec audio berkualiti tinggi dan dilengkapi dengan hayat bateri yang dipertingkatkan sedikit.

    Untuk reka bentuk, FreeBuds Pro 3 menampilkan bekas kaca diperbuat daripada kaca Nano Processed dan pemandu pendengaran-ultra untuk bunyi bass dan treble yang lebih jelas. Earbud ini mempunyai alur di bahagian sisi untuk cengkaman dan kestabilan yang lebih baik. Bekas pengecas disertakan dengan engsel tersembunyi yang dibina untuk menahan dibuka dan ditutup lebih 100,000 kali.

    Fon telinga ini mempunyai aktif pengurangan bunyi (ANC) 3.0 yang dipertingkatkan kepada 5dB, menyokong audio hi-res dengan codec L2HC 2.0 dan LDAC. Jangka hayat baterinya adalah 31 jam dengan sarung pengecas dan sehingga 6.5 jam dengan sekali cas. Ia boleh dicas secara wayarles serta dibina dengan kalis habuk dan percikan IP54.

    HUAWEI FreeBuds Pro 3 hadir dengan saiz hujung telinga XS baharu. Sebanyak empat saiz tersedia menjadikan fon telinga ini sesuai dipakai untuk lebih ramai pengguna. Anda boleh dapatkan Freebuds Pro 3 dalam warna hijau, perak dan putih.

    HUAWEI Freebuds Pro 3 berharga pada RM899 boleh didapati di halaman rasmi HUAWEI Experience Store mulai 21 Oktober 2023 dan ketahui lebih lanjut mengenai produk ini di Facebook atau Instagram. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured