More

    HUAWEI lancarkan ‘Google Search’ sendiri untuk telefon pintar: HUAWEI Search

    Melalui persidangan HUAWEI Developer Conference 2020, HUAWEI bukan sahaja mengumumkan beberapa produuk dan sistem seperti HarmonyOS 2.0, tetapi turut melancarkan enjin pencariannya yang tersendiri, HUAWEI Search.

    HUAWEI Search bakal berfungsi seperti Google Search di telefon pintar mereka. Enjin pencarian ini bukan sahaja menyokong negara tertentu, tetapi sehingga 170 negara dan kawasan dan lebih 50 bahasa.

    Untuk memulakan langkah ini, HUAWEI sebenarnya telah melancarkan Petal Search di beberapa negara untuk menggantikan Google Search. Namun, kandungan carian kebanyakannya datang dari pihak ketiga.

    Turut diumumkan, HUAWEI bakal membuka lima perkhidmatan carian utama dalam HUAWEI Mobile Services (HMS); enjin pembayaran, enjin pengiklanan, enjin pelayaran (browsing), enjin peta dan enjin carian.

    Sebagai makluman, bilangan pembangun yang mendaftar di HMS berbanding tahun lalun adalah meningkat sebanyak 98%; dari 910,000 kepada 1.8 juta. Bilangan aplikasi yang berintegrasi dengan HMS Core pula meningkan sebanyak 123%; dari 43,000 kepada 96,000.

    Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured