More

    Huawei lancarkan skrin pintar IdeaHub untuk tingkatkan produktiviti di tempat kerja

    Huawei Asia Pasifik hari ini telah melancarkan barisan produk Huawei IdeaHub Smart Screen untuk para pelanggan korporatnya, di mana ia menampilkan skrin-skrin pintar besar yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan di dalam pejabat dan bilik mesyuarat. Ia terdiri daripada IdeaHub S, IdeaHub Pro dan IdeaHub Enterprise.

    Skrin tersebut boleh digunakan sebagai pengantara (terminal) yang menyepadukan peranti-peranti mudah alih di dalam bilik mesyuarat untuk berkongsi skrin IdeaHub sewaktu perbincangan di antara peserta mesyuarat. Ia boleh digunakan sebagai papan putih pintar, alat telekonferens profesional dan dihubungkan dengan sistem awanan (cloud) Huawei untuk kerja-kerja kolaborasi.

    Selain itu, IdeaHub juga dilengkapi dengan pelbagai aplikasi popular untuk kegunaan dalam mesyuarat. Jika anda ingin memasang sebuah aplikasi tertentu, anda boleh berbuat demikian melalui Huawei AppGallery yang turut disertakan dalam skrin tersebut.

    Untuk fungsi telekonferens, IdeaHub mempunyai beberapa ciri Kecerdasan Buatan (AI) yang membantu untuk memberikan pengalaman mesyuarat yang lebih imersif. Ciri seperti Auto-framing yang memfokuskan kepada bilangan orang dalam bilik mesyuarat, Acoustic Baffle yang menghalang bunyi daripada luar kawasan mesyuarat dan Speaker Tracking yang memfokuskan mikrofon kepada orang yang bercakap akan memperbaik pengalaman mesyuarat.

    IdeaHub S dilengkapi kamera 1080p untuk perkongsian data dalam resolusi tersebut, manakala IdeaHub Pro dan IdeaHub Enterprise pula dilengkapi kamera 4K. Setiap model tersebut terdapat dalam saiz skrin 65 inci dan 86 inci. Pelanggan yang berminat dengan produk ini boleh menempah dengan Huawei bermula 8 Jun.

    Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang skrin pintar besar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured