More

    HUAWEI Malaysia anjurkan promosi 10.10 di Shopee, tawarkan penjimatan sehingga RM300

    HUAWEI Malaysia bakal menganjurkan kempen promosi 10.10 Super Sale Shopee Live pada 10 Oktober 2024 jam 7:00 malam, di mana pelbagai kategori peranti HUAWEI akan dijual pada harga yang lebih murah daripada biasa.

    Sebagai contoh, siri jam tangan HUAWEI WATCH GT 5 Series akan dijual dengan diskaun sehingga RM100 dan setiap pembelian akan disertakan dengan HUAWEI FreeBudsi 5i secara percuma.

    Selain itu, tablet HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci (RM4,599) akan dijual dengan diskaun sehingga RM300 sewaktu promosi ini. Anda juga akan menerima hadiah bernilai RM2,546 termasuklah papan kekunci HUAWEI Glide Keyboard, stilus HUAWEI M-Pencil 3rd Gen dan pembesar suara HUAWEI SoundJoy.

    Sebuah lagi tablet, HUAWEI MatePad 11.5″S (RM1,799) akan dijual dengan diskaun sehingga RM300 dan turut disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM1,447. Selain tablet, kaca mata HUAWEI Eyewear (RM1,099) pula akan menerima diskaun sebanyak RM99.

    HUAWEI juga akan mengadakan cabutan bertuah Shopee Exclusive Lucky Draw. Dengan membeli sebarang produk HUAWEI dalam promosi ini, anda berpeluang memenangi hadiah menarik seperti HUAWEI WATCH GT 5 46mm, HUAWEI WATCH GT 3 SE dan pakej hadiah Sunshine Gift Packages.

    Promosi ini akan berlangsung dalam Shopee Super Sale Live pada jam 7:00 malam, 10 Oktober 2024. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured