More

    HUAWEI Malaysia hadiahkan HUAWEI WATCH GT 4 kepada pemenang pingat Asian Para Games 2022

    Pada hari ini, HUAWEI Malaysia menyambut kejayaan atlet-atlet para Malaysia yang memenangi pingat dalam temasya sukan antarabangsa Asian Para Games 2022 dengan menghadiahkan jam tangan pintar HUAWEI WATCH GT 4 kepada mereka.

    Setiap 38 atlet para yang memenangi pingat emas, perak atau gangsa telah diberikan jam tangan pintar tersebut dalam sebuah majlis sambutan yang diadakan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil. Turut hadir dalam acara ini ialah Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh dan Pemangku Ketua Pengarah MSN, YB Tuan Haji Abdul Rashid Yaakob.

    Antara atlit yang memenangi pingat dalam Asian Para Games 2022 termasuklah Bonnie Bunyau Gustin (angkat berat), Datuk Abdul Latif Romly (lompat jauh), Noor Imanina Idris (shot put) dan Ahmad Fizzi Rosni (larian 400m).

    HUAWEI Malaysia berkata mereka akan terus menyokong atlet tempatan dalam usaha untuk memenangi lebih banyak pingat. Sebelum ini, mereka juga menghadiahkan HUAWEI WATCH GT 4 kepada para pemenang pingat dalam Asian Games 2022.

    HUAWEI WATCH GT 4 telah dilancar untuk pasaran Malaysia pada awal bulan ini dan ia ditawarkan dalam dua varian saiz iaitu 41mm dan 46mm. Selain menawarkan pelbagai fungsi kesihatan, jam tangan ini turut mempunyai rekaan yang nampak mewah dan premium berbanding kebanyakan jam tangan pintar. Anda boleh baca lebih lanjut mengenainya dalam artikel pelancaran HUAWEI WATCH GT 4.

    HUAWEI turut mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai Light Up Your Rings Challenge bersama atlit-atlit tempatan. Anda hanya perlu muat turun aplikasi HUAWEI Health App, tetapkan sasaran anda dan lengkapkannya untuk mendapatkan E-Medal HUAWEI eksklusif. Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured