More

    HUAWEI Malaysia lancarkan telefon nova 8i, tablet MatePad Pro dan MatePad, bermula RM1,299

    HUAWEI Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa produk baru iaitu telefon pintar HUAWEI nova 8i serta tablet HUAWEI MatePad Pro dan HUAWEI MatePad, di mana ia dilengkapi HarmonyOS 2.0.

    HUAWEI nova 8i dilengkapi skrin HUAWEI Edgeless Display berukuran 6.67 inci dan rekaan belakang yang dibuat dengan proses non-conductive vacuum metalisation (NCVM) bagi menghasilkan corak yang unik. Ia turut dilengkapi empat kamera belakang termasuk kamera utama 64MP.

    Telefon ini juga menyokong pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge yang mengambil masa 38 minit untuk mengecas bateri 4,300mAh sehingga penuh. Untuk prestasi, ia dilengkapi cipset Snapdragon 662, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.

    HUAWEI nova 8i akan dijual pada harga bermula RM1,299 dan pra-tempahan akan dibuka pada 7 Julai di HUAWEI Store Online, Lazada HUAWEI Flagship Store, Shopee HUAWEI Official Store dan Senheng. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM260 iaitu set hadiah HUAWEI Entertainment Gift Set, pas HUAWEI Video selama sebulan, storan HUAWEI Cloud Storage 200GB selama sebulan dan pas HUAWEI Music selama 3 bulan.

    Selain telefon pintar, HUAWEI turut melancarkan siri HUAWEI MatePad yang baru iaitu HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci, HUAWEI MatePad Pro 10.8 inci dan HUAWEI MatePad 11 inci. HUAWEI MatePad Pro dilengkapi skrin dengan sempadan bezel nipis, dimana nisbah skrin-ke-badan adalah setinggi 90%. Baterinya juga adalah agak besar dengan kapasiti 10,050mAh.

    Sementara itu, HUAWEI MatePad 11 pula adalah tablet HUAWEI pertama yang dilengkapi skrin 120Hz. Kedua-dua model tablet ini menyokong penggunaan stilus HUAWEI M-Pencil generasi ke-2, papan kekunci Smart Magnetic Keyboard dan tetikus wayarles Bluetooth.

    HUAWEI MatePad Pro dengan warna hijau Olive Green akan dijual pada harga RM4,399 dan ia boleh dibeli di HUAWEI Online Store, Lazada HUAWEI Flagship Store, Shopee HUAWEI Official Store dan Senheng. Pelanggan akan menerima hadiah percuma bernilai RM549.70 iaitu HUAWEI Classic Backpack, pas HUAWEI Video selama sebulan dan storan HUAWEI Cloud Storage 50GB selama tiga bulan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured