More

    HUAWEI Mate 50 bakal dilancar, miliki varian cipset 5G SD 8 Gen 1 dan Kirin 9000

    Maklumat baharu telah mendedahkan bahawa beberapa peranti HUAWEI Mate 50 yang diuji dengan akses 5G dilengkapi dengan cipset HiSilicon Kirin 9000 5nm dan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. Laporan sebelum ini mengatakan bahawa HUAWEI Mate 50 akan dikeluarkan tahun ini tetapi dengan rangkaian 4G. 

    Dengan larangan Amerika Syarikat (AS), HUAWEI terpaksa melepaskan akses komponen penting seperti cipset dan mereka tidak boleh mencetak reka bentuk cipset daripada HiSilicon kepada pembuat cip seperti TSMC. Kekurangan komponen terhad untuk mencetak cip dan bahan lain seperti penerima RF tetapi ini telah membantu idea untuk mendayakan akses 5G.

    Kirin 9000 5nm terdiri daripada 1x Cortex-A77 pada 3.13 GHz, 3x Cortex-A77 pada 2.54 GHz, dan 4x Cortex-A55 pada 2.05 GHz. Cip ini dilengkapi dengan GPU Mali G78 24 teras dan membawa seni bina HUAWEI Da Vinci Architecture 2.0 NPU termasuk 2 Ascend lite dan 1 Ascend teras kecil.

    Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 mempunyai penyelesaian modem-RF 5G dengan kelajuan muat turun sehingga 10Gbps. Cipset ini mempunyai teknologi kamera Snapdragon Sigh dengan IS mudah alih 18 bit serta enjin Qualcomm AI generasi ke-7 yang baharu. Terdapat juga peningkatan pada prestasi sistem serta aspek pengguna teras antara muka (interface)yang lain.

    Pada masa ini, ketua perniagaan pengguna global HUAWEI, Derek Yu telah mengesahkan bahawa peranti Mate baharu bakal dilancarkan pada tahun ini. Berkemungkinan ia merupakan siri Mate 50 dan kami masih menunggu pengesahan berita ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: HUAWEI Central

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...