More

    HUAWEI Mate 50 bakal dilancar, mungkin miliki SD898

    Pada akhir Julai lalu, HUAWEI telah mengadakan acara rasmi untuk melancarkan siri P50. Ramai yang menyangka bahawa siri tersebut bakal keluar pada awal tahun. Namun, akibat daripada sekatan dari Amerika Syarikat, komponen bagi pembuatan telefon terutamanya berkaitan 5G turut terjejas. Akibat daripada sekatan tersebut, HUAWEI perlu membuat komponennya sendiri atau menempahnya dari China.

    Sejak P50 diumumkan dua bulan lepas, siri HUAWEI Mate 50 sepatutnya dilancarkan pada penggal kedua tahun ini namun terpaksa ditangguhkan. Hari ini, salah satu sumber terkemuka berkata bahawa HUAWEI sedang menguji telefon andalannya dengan cipset Snapdragon 898 4G. Telefon tersebut menggunakan nombor model sm8425.

    Walaupun sumber itu belum mengenalpasti sepenuhnya tentang telefon tersebut, namun jika dilihat daripada slogan ‘andalan perniagaan’ dan menggunakan cipset 4G, kami mengandaikan bahawa ianya adalah HUAWEI Mate 50.

    Ini bermaksud, HUAWEI Mate 50 bakal hadir dengan cipset Sanpdragon 898 dan dijangka memasuki pasaran pada tahun ini. Pada masa yang sama, prestasi Mate 50 juga mempunyai peningkatan yang ketara. Ianya mempunyai cipset Qualcomm 4G tetapi modemnya bakal digantikan.

    Sehubungan dengan itu, Snapdragon 898 akan menggunakan cip Samsung 4nm dan dilengkapi dengan reka bentuk CPU tiga-teras. Spesifikasi CPU-nya ialah 3.0Ghz teras besar Cortex X2 + teras besar 2.5Ghz Cortex A78 + teras kecil Cortex A55 1.79GHz. Oleh itu, skor AnTuTu bagi telefon ini mesti melebihi 1 juta buat kali pertama.

    Untuk pengetahuan, cipset Kirin 9000 masih memiliki beberapa stok. Jadi berkemungkinan bahawa Mate 50 bakal menggunakan cipset tersebut dan dijual dalam jumlah yang kecil. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...