More

    HUAWEI Mate 50 Pro dilancar di Malaysia: Skrin Kunlun 6.74″ 120Hz, kamera 50MP XMAGE berharga RM4,899

    Susulan kejayaan pelancaran barisan produk utama Mate50, HUAWEI Malaysia telah melancarkan dua varian warna baharu iaitu Carbon Black Vegan Leather dan Silver sebagai tambahan kepada peranti utama yang dinanti-nantikan, HUAWEI Mate50 Pro Kunlun Glass Edition.

    Mate50 Pro menawarkan teknologi pengimejan kamera mudah alih HUAWEI tersendiri iaitu XMAGE berteraskan sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan pengimejan yang membawa kejayaan pada sistem pengimejan mudah alih.

    Sistem Kamera XMAGE menampilkan Sistem Kamera Ultra Apertur terkemuka dalam industri dengan apertur fizikal boleh laras 10 saiz dilengkapi dengan apertur terbesar F1.4, Mod Super Malam, Potret Profesional dan Super Makro.

    Mate50 Pro akan menjadi yang pertama dijalankan pada EMUI13 yang akan memberikan pengguna Pengalaman Peranti Super. HUAWEI mengekalkan reka bentuk semasa dengan pengenalan kaca Kunlun yang menjadikan skrinnya tahan terhadap sebarang calar, titisan dan percikan air.

    Spesifikasi HUAWEI Mate 50 Pro:

    • Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Skrin OLED 6.74 inci, segar semula 120Hz
    • Kamera utama 50MP + kamera periskop 64MP + ultra lebar 13MP
    • Kamera swafoto ultra lebar 13MP
    • Bateri 4,700mAh dengan pengecasan pantas berwayar 66W, wayarles 50W dan pengecasan berbalik 5W
    • HUAWEI Kunlun Glass, penarafan rintangan habuk dan air IP68, EMUI 13
    • Bluetooth 5.2, NFC, USB-C
    • Warna: Carbon Black Vegan Leather dan Silver
    • Harga: RM4,899

    Dapatkan HUAWEI Mate50 Pro Kunlun Glass Edition baharu sekarang dan anda boleh mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM300, jaminan skrin selama 3 bulan dan waranti lanjutan 1 tahun. Mate50 Pro akan dijual pada tanda harga RM4,899.

    Peranti ini tersedia untuk dijual pada 10 Disember 2022 di semua Kedai Pengalaman HUAWEI, laman rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada, Senheng, SenQ, Harvey Norman dan Urban Republic. Adakah anda berminat untuk memiliki HUAWEI Mate 50 Pro ini?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured